Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MALAKAT MALL JADI CLUB HOUSE BMX – MALAKAT TRIBUNE – 27/11/2021
10 Dec 2021

CYBERJAYA – Malakat Mall bakal menjadi ‘Club House’ bagi peminat basikal BMX untuk menganjurkan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti berkenaan pada masa akan datang.

Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco, Adzhar Mohd Noor berkata, pihaknya juga akan memberikan peluang kepada persatuan BMX bertapak di pusat beli belah itu.

Adzhar berkata, ‘geng’ BMX akan diberikan satu ruang di Tahan Sports di Malakat Mall sebagai ruang pameran dan jualan produk berasaskan BMX yang mempunyai peminatnya tersendiri.

“Kita akan berikan ruang kepada BMX untuk bertapak di Malakat Mall…Mereka boleh bertapak di Tahan Sports. Kita tahu bahawa BMX ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Kita sambut baik penglibatan komuniti BMX di Malakat Mall, macam hari ini ramai yang datang bersama koleksi BMX masing-masing. Jadi kita buka dan beri peluang kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Adzhar Mohd Noor (tengah) diberikan penerangan oleh Kombat (penganjur Cybertron BMX Jam) tentang basikal BMX di Malakat Mall, Cyberjaya.

Terdahulu, Cybertron BMX Jam yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu dirasmikan Ketua Aktivis Persatuan Penghuna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Nadzim yang merupakan Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall ketika berucap merasmikan Cybertron BMX Jam mahu Malakat Mall menjadi pusat untuk komuniti BMX berkumpul.

“Cybertron BMX Jam wajar dijadikan sebagai acara tahunan di Malakat Mall…saya gembira melihat ramai yang berkumpul hari ini, jadi sangat wajar Malakat Mall dijadikan tempat untuk komuniti itu.

Toqqi mengayakan aksi Wheelie sebagai simbolik perasmian Cybertron BMX Jam di Malakat Mall, Cyberjaya.

“Saya harap selepas ini, kita dapat besarkan lagi. Panggil semua komuniti BMX dari seluruh negara berkumpul di sini. Tahniah juga kepada penganjur yang menjayakan program ini,” katanya.

Pada program  Cybertron BMX Jam yang berlangsung bermula hari ini, ribuan peminat BMX ‘berkampung’ di Malkaat Mall untuk menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan untuk seisi keluarga.

Tarikan utama dalam acara anjuran Malakat Mall itu adalah pertandingan BMX bagi flatland dan freestyle, pertandingan basikal BMX tercantik (show bike) acara pump track untuk BMX dan kayuhan ria mengelilingi Cyberjaya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL JADI CLUB HOUSE BMX

https://www.malakattribunenews.com/2021/11/malakat-mall-jadi-club-house-bmx/