MASJUD TANAH – Pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia iaitu Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka pada November ini dijangka dapat membuat lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk setempat.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pada masa sama, penduduk sekitar juga bakal memperoleh manfaat apabila berpeluang memperoleh purata pendapatan lebih tinggi sesuai dengan kos hidup semasa.
Beliau berkata, selain itu, mereka jumpa mampu menjana pendapatan secara pasif melalui dividen yang diperoleh apabila menyertai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) .
“Tidak mustahil jika satu hari nanti produk tempatan di Masjid Tanah khususnya akan berada di rak-rak bukan sahaja di pusat beli belah Malakat Mall Masjid Tanah.
“Tetapi juga di semua cawangan Malakat Mall seluruh Malaysia dan juga pasaran global,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi KoPPIM, Datuk Ndzim Johan dan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.
Mengulas lanjut, Mas Ernieyati turut berharap dengan pembukaan pusat beli belah BMF itu dapat menggerakkan ekonomi bumiputera Islam dan KoPPIM secara tidak langsung.
Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil dan seluruh pasukan Malakat Mall yang membawa pusat beli belah itu ke Masjid Tanah.-MT
Artikel oleh: Malakat Tribune
MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT
https://www.malakattribunenews.com/2020/07/malakat-mall-masjid-tanah-mampu-pacu-ekonomi-setempat/