Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MALAKAT MALL MENYATUKAN KUASA PEMBELIAN PENGGUNA MUSLIM – AZEEZ RAHIM – 26/06/2020
27 Jun 2020

Bersama-sama ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato Nadzim Johan yang merupakan sahabat seperjuangan seawal usia saya 14 tahun. 

Membesar bersamanya kami mempunyai minat dan matlamat yang sama, memperjuangkan bangsa dan agama sementelah beliau memilih perjuangan melalui NGO dan saya di bidang politik. Bersama kami ialah Dato Nor Azman Idris, Timbalan Pengerusi PPIM. 

Semalam kami meluangkan masa bersama melihat kejayaan anak muda Coach Fadzil Hashim dalam kejayaan merealisasikan Kompleks membeli belah berkonsepkan muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya. 

Di sini terletaknya Raudhah Grocer, hypermart yang menghimpunkan ribuan produk keluaran muslim yang sangat berkualiti dan setanding dengan jenama antarabangsa.

Malakat Mall adalah juga satu-satunya pusat membeli belah yang mempraktikkan amalan patuh syariah dengan amalan melaungkan azan, solat berjemaah dan solat Jumaat. 

Ianya bukan hanya sebuah pusat membeli belah malahan juga menyatukan kuasa pembelian pengguna Muslim secara berpusat. 

Semoga ini menjadi contoh terbaik untuk peniaga muslim yang lainnya sekaligus membuktikan bahawa Melayu tidak malas. 

#diariparlimenBaling

#Balingdihatiku

#AzeezRahimrakyatBalingberpisahtiada

Artikel oleh: Azeez Rahim

MALAKAT MALL MENYATUKAN KUASA PEMBELIAN PENGGUNA MUSLIM

https://www.facebook.com/azeezrahimkp1m/posts/3725916827434981