Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MANA COMMAND CENTRE UNTUK BENCANA? – TOQQI PPIM – SAMUDERA.MY – 24/12/2021
25 Dec 2021

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2021 – Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Ini kena dikaji balik. Mungkin nak kena ada RCI untuk tengok betul-betul, bagaimana perkara ini boleh berlaku,” tegas beliau dalam sidang media PPIM, “Banjir: Berfungsikah Jentera Kerajaan?” yang diadakan secara atas talian semalam.

Selain itu, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Toqqi juga mempersoalkan di manakah pusat arahan (command centre) apabila berlakunya bencana seperti ini.

“Tidak ada notis kepada orang ramai. Sepatutnya sudah ada command centre untuk pengurusan bencana. Adakan koordinasi. Mana command centre?

Persoalan lain yang ditimbulkan oleh Toqqi seterusnya adalah, apa tindakan kerajaan selepas ini bagi mengatasi kerosakan dan kehilangan yang berlaku disebabkan bencana banjir.

“Apa lagi kita nak buat sekarang ini? Pasal, benda ni satu, tiap-tiap tahun. Apa lagi yang nak ditangani supaya kita tidak menyusahkan lagi rakyat seterusnya. Kita kena ada kesungguhan kepada cara kita menyelesaikan isu yang amat serius ini.”

Mengakhiri kenyataan, Toqqi sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan perlu mencari kaedah dan penyelesaian dalam isu bencana banjir ini.

“Kita takut juga pasal dengarnya, akhir tahun ini akan berlaku gelombang kedua. Kalau second wave ni, macam mana? Are we ready?

“Kita tak mahu lagi perkara ini berlaku. Patutnya bila datang banjir, penduduk dah boleh pergi ke penempatan yang disediakan. Cari kaedah untuk selesaikan isu ini,” kata Toqqi.

Jumaat lalu, negara dikejutkan dengan kejadian banjir luar biasa yang melanda Lembah Klang terutama di Selangor.

Kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bertambah.

Setakat semalam, tragedi banjir yang melanda Selangor ini telah mengorbankan 24 individu.

Artikel oleh: Samudera.my

MANA COMMAND CENTRE UNTUK BENCANA? – TOQQI PPIM

https://www.samudera.my/mana-command-centre-untuk-bencana-toqqi-ppim/