Setelah hampir tiga tahun menanggung derita, seramai 44 mangsa termasuk 14 waris mangsa yang telah meninggal dunia memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan melalui Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta tiga pengeluar vaksin Covid-19 termasuk Pfizer Malaysia Sdn Bhd, Astrazeneca Sdn Bhd dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd.
Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.