Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MANGSA VAKSIN COVID-19 FAIL SAMAN TERHADAP KERAJAAN DAN PENGELUAR VAKSIN – KENYATAAN MEDIA PPIM – 16/11/2022
16 Nov 2022

Sekumpulan rakyat Malaysia yang mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan akibat vaksin COVID19 memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan khususnya menteri yang bertanggungjawab keatas program vaksinasi negara, YB Khairy Jamaluddin.

Selain itu, kumpulan seramai 44 orang mangsa itu turun memfailkan saman terhadap Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tiga pengeluar vaksin Covid-19, Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga.

Kumpulan tersebut yang diwakili peguam Muhammad Shahrin Satheer, dari firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co mendakwa KKM memberi satu deklarasi tidak sah dan merupakan suatu persetujuan yang dipaksa oleh pihak defendan untuk mengelakkan mereka diambil tindakan akibat daripada kesan sampingan teruk akibat suntikan vaksin Covid-19.

Selain itu, mereka turut menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin Covid-19 terhadap Plaintif telah memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.

“Anak guam kami menuntut Gantirugi Am dan Gantirugi Khas yang perlu dibayar Defendan-Defendan kepada Plaintif-Plaintif akibat daripada kesan sampingan teruk suntikan Covid-19 yang telah menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa yang ditanggung Plaintif-Plaintif,” tegasnya.

Mohammad Shahrin berkata ketiadaan bukti vaksin yang digunakan pernah diuji secara klinikal sebelum digunakan terhadap pengguna juga menjadi antara asas tuntutan saman tersebut.

“Mereka menuntut agar semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan Covid-19 mengekang transmisi penyebaran wabak Covid-19 perlu dikeluarkan oleh Defendan,” katanya.

Plaintif juga menuntut sebuah injunksi Interim untuk menghalang Defendan-Defendan daripada memberikan secara meluas vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan,” katanya.