CYBERJAYA – Penubuhan Malakat Mall sebagai salah satu instrumen mengukuhkan ekonomi orang Islam di Malaysia perlu disertai dengan gerak kerja yang lebih jitu.
Demikian kata Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim pada Majlis Jalinan Ukhwah Rakan Strategik Malakat Mall di Casa De Madani, di sini malam tadi.
“Kita harus memahami bahawa masih banyak yang perlu dilakukan, dan kita harus melakukan gerak kerja (ini) dengan bersama secara lebih teratur lagi,” kata Mohd. Fadzil pada majlis tersebut.
Pada majlis yang sama, Mohd. Fadzil turut menzahirkan rasa penghargaan khususnya kepada Pembela dan badan NGO lain yang telah berjaya membangkitkan gelombang kebangkitan rakyat dan usahawan ‘Buy Muslim First’ (BMF).
Antara yang hadir, Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya; Presiden Perkid, Ustaz Masridzi Sat; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; peguam Datuk Zainul Rizal Abu Bakar; dan beberapa lagi tokoh dan ilmuwan Islam.
Majlis yang sama turut menyaksikan pelantikan beberapa individu membarisi majlis penasihat Malakat Mall dan KoPPIM.
Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall
Aminuddin Yahaya
Datuk Nadzim Johan
Penasihat Agama Malakat Mall
Ustaz Masridzi Sat
Ahli Majlis Penasihat KoPPIM (Sesi 2020-2022)
Aminuddin Yahaya
Ustaz Masridzi Sat
Datuk Zainul Rizal Abu Bakar
Mahmud Hishamuddin
Ahli Kehormat Majlis Penasihat Ekonomi KoPPIM (Sesi 2020-2022)
Mohd. Fadzil Hashim
Artikel oleh: Malakat Tribune
“MASIH BANYAK YANG PERLU DILAKUKAN” – MOHD. FADZIL
https://www.malakattribunenews.com/2020/09/masih-banyak-yang-perlu-dilakukan-mohd-fadzil/