Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara sekali bayar kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melalui ahli parlimen Pekan Najib Razak.
Penyerahan memorandum itu dilakukan di hadapan pejabat Najib di Bukit Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur.
Menurut Pengerusi PPIM Nadzim Johan, antara sebab tuntutan tersebut kerana terdapat pencarum yang belum dan masih dalam proses mendapatkan pekerjaan stabil.
“Untuk memperbaiki atau memulihkan perniagaan-perniaga kecil pencarum yang baru bermula dan yang terjejas selepas PKP (perintah kawalan pergerakan) demi PKP yang dilaksanakan kerajaan.
“Untuk melunaskan tunggakan-tunggakan hutang, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa rumah, bil-bil utiliti serta yang berkenaan,” katanya.
Pada masa sama, Nadzim juga mencadangkan kerajaan menubuhkan pusat untuk mengkategorikan aduan rakyat supaya ia dapat diselesaikan dengan lebih sistematik dan efektif.
Kira-kira 10 orang hadir untuk menyerahkan memorandum itu.
Bagaimanapun, Najib hanya berada di situ ketika pada awal penyerahan memorandum tersebut dan terus memasuki pejabatnya tanpa memberikan sebarang kenyataan.
Usahawan ‘bungkus’, kata pencarum
Sementara itu, seorang pencarum yang hadir sama Azmi Mohd Tahir meminta supaya pengeluaran itu tidak dikenakan sebarang syarat.
“Tuntutan ini bukan kerana banjir tapi kerana PKP yang berlarutan selama dua tahun.
“Ramai pekerja yang tinggal separuh gaji dan tak dapat gaji, (usahawan) IKS ‘bungkus’ dan ramai di antara mereka jadi penganggur.
“Kalau saya cakap banjir kerajaan akan kata ini isu banjir nak buat apa keluar KWSP,” katanya yang menganggarkan seramai lapan hingga sembilan juta pencarum yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP sebelum ini.
Malah katanya, lebih daripada 50,000 orang yang menandatangani melaluo petisyen dalam talian menyokong pengeluaran RM10,000 secara sekali bayar.
Dia berkata memorandum itu dihantar melalui Najib kerana bekas perdana menteri itu sering menggesa supaya pengeluarkan itu dibenarkan melalui Facebooknya
“Setiap hari di FB page Datuk Seri Najib banyak komen-komen mengenai pengeluaran one-off RM10,000,” katanya.
Artikel oleh: Malaysia Kini
MEMO KELUARKAN WANG KWSP PADA PM DIHANTAR MELALUI NAJIB