Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MENTERI KOMUNIKASI SAMBUT BAIK KUNJUNGAN PPIM, SARAN PENGLIBATAN DALAM FORUM KANDUNGAN MCMC – 06/11/2025
06 Nov 2025

Saya berbesar hati menerima kunjungan wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan @Toqqi.

Mereka menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa isu termasuk sindiket penipuan telefon (phone scam), serta kesan negatif permainan dalam talian Roblox terhadap kanak-kanak dan golongan belia.

Saya telah meminta mereka untuk bertemu dengan pasukan MCMC bagi mendapatkan taklimat lanjut tentang perkara-perkara yang dibangkitkan.

Saya juga menyarankan agar mereka menyertai tiga forum kandungan di bawah MCMC bagi memperkukuh kerjasama dalam memantau, menasihat dan mempertingkat kawalan terhadap kandungan digital yang berisiko, khususnya membabitkan keselamatan pengguna dan kanak-kanak.

Sumber: Fahmi Fadzil (Facebook)

MENTERI KOMUNIKASI SAMBUT BAIK KUNJUNGAN PPIM, CADANG PENGLIBATAN DALAM FORUM KANDUNGAN MCMC

https://www.facebook.com/Fahmi.Fadzil.1/posts/pfbid024fxtNi2nM8QsxBjsmKtRkZyEQde2MDHk8CnWfAUihg6CXgDcirSASN6MFCUnW2wvl