Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN APLIKASI E-HAILING TAXI4U – WEE KA SIONG – 20/10/2022
21 Oct 2022

Menyempurnakan Majlis Perasmian Aplikasi E-hailing TAXI4U petang ini.

Dalam ucapan, saya mengatakan bahawa Kementerian Pengangkutan sememangnya menggalakkan persaingan di kalangan pemain industri bagi memberikan peluang kepada pemandu atau penumpang untuk membuat pilihan yang terbaik samada dari segi menjana pendapatan sebagai pemandu mahupun kepuasan perkhidmatan sebagai penumpang.

Setakat ini, sejumlah 8% atau 7,833 kenderaan teksi telah menyertai e-hailing sebagai operasi tambahan.

MOT turut menggalakkan lebih ramai pemandu teksi beroperasi secara dinamik dengan menggunakan aplikasi yang tersedia. Pengoperasian melalui aplikasi akan dapat mengurangkan tempoh masa menunggu di satu-satu kawasan dan dijangka boleh meningkatkan jumlah trip kepada pemandu.

Saya mengharapkan aplikasi baharu TAXI4U akan merancakkan lagi persaingan dalam industri e-hailing dan teksi. Diharapkan lebih ramai lagi pemandu teksi dapat menggunakan aplikasi e-hailing sebagai modus operasi tambahan mendapatkan penumpang.

Hadir sama, Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri; Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan dan Pengarah TAXI4U, Encik Kamaruddin Mohd Hussain.

Artikel oleh: Wee Ka Siong (Facebook)

MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN APLIKASI E-HAILING TAXI4U

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/pfbid0ovfJ7ADUkZJygV5d83juq3Gpq6KcMLgLGcNsnE35HvecinZJicv3guqdaJo5sqTnl