Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MINTA ‘IMBUHAN’ LULUSKAN PINJAMAN – UTUSAN MALAYSIA – 28/1/19
28 Jan 2019

Utusan (minta imbuhan luluskan pinjaman) 28.1.19

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Sama ada gaji tidak cukup atau terlalu banyak komitmen menyebabkan permohonan pinjaman perumahan ditolak, namun terdapat segelintir pihak mengambil kesempatan dengan meminta imbuhan bagi tujuan kelulusan pinjaman.

Aduan sedemikian diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) daripada sebilangan pembeli rumah yang mendakwa diminta berbuat demikian untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank.

Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, tindakan tidak berintegriti sedemikian bukan perkara baharu malah ia sudah menjadi budaya yang tidak sihat dalam kalangan kakitangan institusi kewangan.

Bank tetapkan terlalu banyak prosedur remeh perlu dipatuhi pemohon untuk mendapatkan pinjaman sehingga menyukarkan mereka mendapatkan pinjaman bagi pembelian sebuah rumah.

“Contohnya isu laporan Credit Top of Services (CTOS), pernah kami terima aduan tunggakannya kurang daripada RM10 tetapi gagal dapat pinjaman. Kemudian bila dapat imbuhan (rasuah) boleh pula luluskan pinjaman,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambah beliau, disebabkan hal-hal sedemikian berlaku lambakan hartanah (rumah) yang tidak terjual sehingga mencecah nilai RM22.5 bilion seperti dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, katanya, faktor yang turut menyumbang kepada rumah tidak terjual adalah harga yang ditawarkan terlalu mahal termasuklah kos-kos prosedur seperti guaman dan sebagainya.

“Peguam, arkitek, kontraktor semuanya mengenakan caj pada kadar yang maksimum supaya dapat keuntungan berganda sekali gus menyebabkan harga rumah terlalu mahal.

“Kalau dijual pada harga mampu beli pun, pembeli diarahkan membayar duit tempahan yang tinggi, kos perjanjian jual beli, setem duti dan macam-macam lagi bayaran perlu dibuat sehingga menyebabkan mereka berfikir dua kali untuk membeli rumah,” ujarnya.

 

Artikel oleh : Utusan Malaysia

MINTA ‘IMBUHAN’ LULUSKAN PINJAMAN