Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘Minta PPIM selesaikan kes tipu ekspo kerjaya jual borang RM10’ – Ismaweb – 3/10/2017
03 Oct 2017

Snapshot(5)

 

BANGI, 10 Muharram 1439, Ahad – Orang ramai meminta mereka yang rasa ditipu oleh penganjur ekspo kerjaya yang berlangsung di Tabung Haji Hotel Kepala Batas, Alor Setar untuk membuat laporan aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sejak awal pagi hari ini, tular di media sosial luahan seorang pemilik akaun MissRenne NJ yang merasa amat teraniaya dengan apa yang berlaku di tapak ekspo berkenaan semalam.

Katanya, dia dan pengunjung lain terpaksa beratur panjang sehingga dua jam sebelum diberi pilihan membeli borang dengan harga RM10 sekeping.

“Aku beratur hampir dua jam, itu pun tak dapat masuk lagi. Aku mula tanya soalan bertalu-talu dan mempersoalkan dia (petugas ekspo) setelah aku beratur dua jam then aku kena keluarkan duit RM50 pula untuk beli borang? Sistem bodoh apa macam tu?,” luahnya.

Ramai pengguna lain mencadangkan agar laporan aduan dibuat kepada pihak PPIM untuk menyelesaikan masalah ini.

“”Ramai-ramai report PPIM, saya dah buat report. Minta saudara Yusuf Azmi mai tengok sat,” tulis Mujahid Mahdi.

Penganjur ekspo, dipercayai Jobsifu.com telah memadamkan laman Facebook mereka setelah mendapat kecaman ramai.