Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MINYAK MASAK BERSUBSIDI 1 KG DALAM BOTOL – MALAYSIAGAZETTE – 12/11/2016
15 Nov 2016

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengeluarkan minyak masak bersubsidi dalam botol satu kilogram.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pengeluar-pengeluar yang sanggup membungkus minyak bersubsidi di dalam botol.
“Perlu diingatkan harga minyak di dalam botol ini lebih mahal meskipun kerajaan masih menanggung subsidinya kerana botol lebih mahal berbanding polibeg.
“Kos botolnya biasanya 40sen berbanding 10sen bagi polibeg.
“Tidak mungkin kerajaan mahu menanggung subsidi botol minyak pula,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan penutupan Forum Pengguna 2016 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Tambah Hamzah, tindakan KPDNKK untuk mengeluarkan minyak masak bersubsidi di dalam botol adalah untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat.
“Ada yang malu hendak beli minyak masak dalam polibeg sedangkan mereka hendak gunakan minyak masak bersubsidi maka selepas ini, kita akan keluarkan minyak masak yang sama tetapi dibotolkan,” katanya.
Berkuatkuasa 1 November lalu, kerajaan hanya memberi subsidi kepada minyak masak satu kilogram di dalam kampit polibeg yang ditetapkan pada harga RM2.50.
Manakala harga minyak masak di dalam botol ditentukan oleh pasaran. – MalaysiaGazette