Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MYBELI.COM.MY PORTAL PASAR PRODUK TEMPATAN – MALAYSIA GAZETTE – 24/04/2021
26 Apr 2021

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mmelancarkan portal ‘Mybeli.com.my’ yang objektif untuk menyatukan seluruh usahawan dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Mybeli juga hasil kerjasama dengan rakan strategik PPIM iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, walaupun ketika ini sudah ada nama besar seperti Lazada dan Shoppe yang membuat pemasaran produk serta perkhidmatan secara meluas namun Mybeli mempunyai kelainannya.

Jelas Nadzim, Mybeli mempunyai kelebihan patuh Syariah dalam memasarkan produk serta perkhidmatan selain memberi keutamaan kepada barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.

“Inisiatif yang kita ambil ini bermatlamat untuk menyatupadukan sistem jualan serta pembelian oleh usahawan dan paling penting kita melahirkan golongan usahawan pembayar zakat.

Nadzim Johan (tengah) meluangkan masa melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

“Ini adalah salah satu bentuk pendekatan insklusif bagi membantu mereka yang terjejas untuk menceburkan dulu dalam dunia pasaran online bagi mengukuhkan ekonomi masing-masing,” katanya selepas majlis pelancaran di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi melancarkan portal ini secara maya’ kerana tidak dapat menghadirkan diri secara fizikal untuk majlis sebentar tadi.

Selain Che Abdullah, pelancaran ini turut dihadiri oleh wakil-wakil usahawan seperti GISB, MIMCOIN, PERKID, PERDIM, Angkasa serta penguasa tempatan lain.

Dalam pada itu, Nadzim mengharapkan lebih ramai usahawan tempatan akan tampil mendaftar dengan Mybeli yang juga merupakan tunjang alternatif PPIM bagi membantu golongan berkenaan menguasai dunia pasaran online.

“Dunia digital dan e-perdagangan ini adalah cara untuk kita kukuhkan ekonomi dan perniagaan masing-masing, kita cuba ini dulu dengan kerjasama pelbagai pihak dengan harapan semoga usaha ini akan memberi manfaat besar kepada usahawan tempatan kita,” ujarnya.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

MYBELI.COM.MY PORTAL PASAR PRODUK TEMPATAN

https://malaysiagazette.com/2021/04/24/mybeli-com-my-portal-pasar-produk-tempatan/