Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NAJIB ‘TALIAN HAYAT’ RAKYAT TUNTUT PENGELUARAN KWSP TANPA SYARAT – AZMI – MALAYSIA GAZETTE – 11/01/2022
11 Jan 2022

KUALA LUMPUR – Selepas kerajaan bertegas tidak lagi membenarkan pencarum mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maksimum RM10, 000 tanpa syarat namun ramai masih berharap.

Malah mereka menganggap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga salah seorang yang memperjuangkan perkara itu sebagai ‘talian hayat’ selepas ia tidak dibenarkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Justeru,  Azmi Mohd Tahir yang mendakwa menjadi wakil pencarum KWSP  hari ini menyerahkan memorandum dan petisyen yang telah ditandatangani dalam talian oleh lebih 50,000 pencarum kepada Najib.

Mereka, katanya, yakin Ahli Parlimen Pekan itu akan terus mewakil rakyat mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang caruman KWSP sekali lagi seperti i-Citra sebelum ini.

Dalam memorandum yang diserahkan di pejabat Najib di Jalan Bukit Pantai itu mahu suara tuntutan mereka kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Justeru dalam pertemuan dan penyerahan petisyen selama 30 minit itu, beliau (Najib) berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan tuntutan itu didengar PM.

“Saya juga hendak menafikan kenyataan Menteri Kewangan (Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz) juga yang mendakwa Najib sebagai penghasut rakyat dalam soal tuntutan wang simpanan KWSP.

MGF11012022__DS-NAJIB-MEMO-KWSP6
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima Memorandum Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 secara one-off daripada wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir sambil diiringi Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kanan) di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 JANUARI 2022.

“Najib bukan seorang populis yang berjuang untuk dirinya tetapi dia berjuang di atas sebab desakan yang diterima dari pencarum kerana setiap hari kebanyakan komen dalam page Najib di media sosial banyak komen adalah tentang RM10,000 secara one off.

“Saya juga memaklumkan kepada Najib jika boleh minta kerajaan jangan mengenakan sebarang syarat untuk pengeluaran terakhir RM10,000 manakala yang ada simpanan kurang daripada jumlah tersebut boleh dicadangkan kelayakan pengeluaran seperti i-Sinar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan

Azmi seterusnya berkata, sokongan pencarum KWSP yang memerlukan pengeluaran terakhir kali ini semakin meningkat dalam talian selain daripada 50,000 tandatangan sokongan mereka yang dikumpul dan diserahkan kepada Najib pagi tadi.

Tambah Azmi lagi, tuntutan pencarum kepada kerajaan dalam soal pengeluaran RM10,000 dari simpanan mereka dilakukan tanpa sebarang unsur hasutan dari Najib.

“Dia (Tengku Zafrul) salah tafsir, Najib tidak menghasut ajak pencarum datang ramai-ramai, sebagai menafikan dakwaan ini, saya mewakili pencarum serahkan memorandum dan petisyen membuktikan tuntutan pengeluaran wang caruman ini adalah daripada kami jutaan pencarum yang terjejas akibat musibah.

“Satu lagi, saya ingin jelaskan di sini adalah tuntutan KWSP ini bukan hanya membabitkan mangsa banjir segelintir negeri sahaja tetapi juga hampir sembilan juta pencarum yang terjejas akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selama dua tahun ini sehingga sanak saudara dihalau dari rumah kerana gagal membayar sewa.

MGF11012022__DS-NAJIB-MEMO-KWSP5
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Memorandum Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 secara one-off daripada wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 JANUARI 2021.

“Malahan, kesan PKP selama dua tahun ini akibat Covid-19 menyaksikan ramai pekerja yang kehilangan kerja, tinggal separuh gaji dan tak dibayar gaji penuh dan banyak industri kecil dan sederhana yang ‘bungkus’ selain ramai jadi penganggur.

“Saya berharap Perdana Menteri (Ismail Sabri) tolonglah dengar rintihan rakyat yang terjejas ini, membenarkan kami mengeluarkan wang simpanan KWSP,” tegasnya.

Justeru katanya walaupun pencarum sudah mendapat pekerjaan tetapi kadar bayaran gaji yang ditawarkan tidak setimpal seperti yang diraih sebelum pandemik Covid-19 pada 2019.

“Komitmen dan tanggungan yang dimiliki mereka adalah besar dan berdasarkan gaji yang diperolehi sebelum menghadapi musibah Covid-19 antaranya pinjaman perniagaan, pinjaman rumah, pinjaman peribadi dan tunggakan hutang yang kini perlu dijelaskan,” ujarnya.

Dalam pada itu, mereka juga menghantar memorandum kepada Najib bagi menyatakan pendirian rakyat tidak menyokong pengubalan dalam Akta 342 yang menaikkan kadar kompaun terhadap individu dan syarikat yang mengingkar prosedur operasi standard (SOP).

Artikel oleh: Malaysia Gazette

NAJIB ‘TALIAN HAYAT’ RAKYAT TUNTUT PENGELUARAN KWSP TANPA SYARAT – AZMI

https://malaysiagazette.com/2022/01/11/najib-talian-hayat-rakyat-tuntut-pengeluaran-kwsp-tanpa-syarat-azmi/