LEBIH 11 aduan sebulan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu membabitkan penipuan jual beli kereta di portal perniagaan dalam talian di Malaysia.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, aduan itu dikemukakan pengguna selepas pihaknya menerima banyak rungutan ditipu membabitkan kerugian ribuan ringgit.
“Modus operandi penipu menggunakan portal ini menawarkan kereta dengan harga murah seterusnya meminta pengguna membayar wang pendahuluan sebelum menghilangkan diri.
“Kemudian, penipu akan membuat akaun lain pula seterusnya menipu pengguna lain,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor Khoo Kah Jin.
Nadzim turut menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memantau operasi portal berkenaan bagi mengelak lebih ramai pengguna ditipu.
“Bagi pihak PPIM sendiri, sejak tahun lalu, kami menerima 30,000 aduan penipuan membabitkan semua produk di portal berkenaan dengan nilai kerugian jutaan ringgit,” katanya.
Selanjutnya di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/243988/nak-jual-kereta-online-konon