Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NASIB PENIAGA TERJEJAS KEBAKARAN DI PASAR DATUK KERAMAT DAPAT PERHATIAN – BERITA RTM – 23/03/2021
24 Mar 2021

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Nasib peniaga yang terjejas akibat kebakaran di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 17 Mac lepas mendapat perhatian.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan 50 kotak ‘Infaq Rezeki’ berupa sumbangan barangan keperluan asas.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan turut berharap bantuan pembangunan semula kedai yang terbakar itu dapat disegerakan.

Semalam, satu perbincangan antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhubung tindakan susulan yang akan diambil berhubung isu itu.

Tragedi kebakaran yang berlaku menyebabkan lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Artikel oleh: Berita RTM

NASIB PENIAGA TERJEJAS KEBAKARAN DI PASAR DATUK KERAMAT DAPAT PERHATIAN

https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/26262-nasib-peniaga-terjejas-kebakaran-di-pasar-datuk-keramat-dapat-perhatian