Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NGA KOR MING JANGAN BERAT SEBELAH! – PPIM – KENYATAAN MEDIA PPIM – 30/10/2023
30 Oct 2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming beliau mewakili seluruh rakyat Malaysia dan tidak boleh bersifat berat sebelah.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata sebagai seorang menteri di peringkat persekutuan, Kor Ming sepatutnya membuat kajian yang lebih menyeluruh sebelum membuka mulut.

“Jika beliau (Kor Ming) luangkan masa untuk mengkaji isu yang dia kononnya bimbangi iaitu membawa senjata mainan di sekolah, mengapa beliau tidak membantah ketika perkara itu berlaku di Sekolah Kebangaan Cina?” tegasnya.

Tambah Nadzim sebagai menteri yang mengaku bimbang dengan “keganasan di sekolah” kerana beberapa pelajar mengambil bahagian bersolidariti bersama Palestin disekolah, adakah Kor Ming juga bimbangkan anak-anak bukan Islam yang membawa pedang dan berpakaian berlumuran darah ke sekolah?

PPIM mendesak Nga Kor Ming untuk tampil dan mengecam guru, ibu bapa dan pengurusan sekolah jenis kebangsaan Cina yang membenarkan perkara itu berlaku.

Sebelum ini, Nga Kor Ming menerusi ciapan di platform X memuat naik gambar dua murid sekolah berserban menutup wajah dan memegang senjata replika, beliau berkata sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremis dan keganasan sebaliknya sifat manusiawi dan perasaan cinta keamanan perlu diketengahkan.