KUALA LUMPUR 16 Feb. – Serbuan, aduan dan laporan polis mengenai lambakan premis mesin judi haram telah dilakukan oleh pelbagai pihak, namun kegiatan tersebut masih berleluasa.
Lebih menyedihkan apabila orang awam yang memberi maklumat dan membuat aduan polis mengenai kegiatan tersebut diancam keselamatannya serta dikenakan tindakan undang-undang.
Justeru, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak polis mewujudkan satu aplikasi telefon pintar bagi membolehkan orang awam melaporkan aktiviti perjudian di kawasan mereka.
“Kami mengetahui memang terdapat banyak sistem aduan telah diwujudkan, malangnya semua sistem itu dilihat tidak fokus dalam membuat aduan mengenai sindiket perjudian.
“Berbeza dengan aplikasi telefon pintar ini kerana memberi ruang kepada pengadu untuk memberi maklumat dengan menyatakan alamat premis judi haram dan mengambil gambar lokasi ia beroperasi sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama beberapa NGO lain yang diwakili Ketua Biro Latihan dan Pembangunan Sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Izham Nayan; Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Duta Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, Mohd. Khairul Sabli.
Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Rosli Sulaiman.
SUMBER DARI : UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ngo-gesa-polis-wujudkan-aplikasi-telefon-pintar-1.445346