Kegagalan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memastikan pihak yang meletupkan bunga api mematuhi prosedur operasi standard (SOP) didakwa menjadi punca 14 penonton cedera terkena percikan api daripada letupan bahan itu di Klang,kelmarin.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia, Datuk Mohd Firdaus Abdullah,berkata MPK tidak teliti dalam meluluskan program,khususnya memastikan pihak yang meletupkan bunga api itu mempunyai kelayakan dan berlesen.
” polis juga perlu memainkan peranan memantau aktiviti seperti ini kerana kebanyakkan individu anbil jalan mudah dengan hanya memikirkan keseronokan tanpa mengendahkan keselamatan orang ramai.” katanya ketika dihubungi BH,semalam.