31 Mac 2017 – Ops BAH kali ini tertumpu pada kelab malam di sekitar Kuala lumpur.
Operasi yang bermula hampir jam 12 malam itu disertai oleh beberapa badan kerajaan dan NGO antaranya adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebajikan Islah Malaysia (PERKID) dan banyak lagi bagi menjayakan operasi ini.
Operasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha
Perancangan & Pembangunan, YBhg. Datuk M Noor Azman ini berjaya merampas dipercayai dadah dalam serbuan di kelab malam berhampiran Fraser Business Park, Kuala Lumpur. Beberapa remaja Islam ditahan atas pengaruh alkohol dan dadah dalam serbuan tersebut.
Dalam sidang media yang diadakan di tempat kejadian, YBhg. Datuk M Noor Azman berkata akan diadakan lagi operasi seperti ini dimasa hadapan bagi membanteras aktiviti haram.