Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PAKATAN LELONG MURAH, HARTANAH ORANG MUFLIS JADI MANGSA BANK – UTUSAN MALAYSIA – 04/02/2022
04 Feb 2022

PETALING JAYA: Tindakan pi­hak pengurusan bank yang di­katakan sengaja menjual har­tanah mangsa muflis di bawah nilai pasaran didakwa berlaku akibat wujud sindiket dan pakatan untuk melelong pada har­ga lebih murah kepada orang ketiga.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malay­sia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan, kegiatan itu sememangnya telah lama ber­laku apabila pegawai bank dikatakan menjalankan urus nia­ga dengan orang ketiga yang mahu membeli hartanah di ba­wah harga pasaran.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut tidak seharusnya terjadi memandangkan aset harta­nah perlu dijual mengikut harga pasaran atau lebih tinggi bagi mengelakkan kerugian antara kedua-dua pihak.

“Jika mereka ada integriti, sudah tentu perkara ini tidak berlaku. Oleh sebab itu, tiada rundingan dan budi bicara antara pihak bank dan peminjam apabila mereka akan terus me­lakukan proses muflis terhadap mangsa.

“Sebenarnya perkara ini sudah berlaku, malah menjadi kebiasaan dalam kalangan pegawai bank atau institusi kewangan yang menguruskan harta. Mana ada pihak bank mahu rugi, mungkin mereka sendiri berpakat dengan orang lain untuk menjual pada nilai lebih murah demi kepentingan tertentu,” katanya.

Kelmarin juani melaporkan pihak pengurusan bank atau institusi kewangan didakwa sengaja melelong hartanah milik mangsa muflis di bawah harga pasaran sekitar 30 hingga 50 peratus walaupun nilai aset tersebut boleh dijual pada nilai lebih tinggi.

Menurut Presiden Persa­tuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Ros­land Mohd. Ariff, tindakan itu dilihat bukan sahaja menindas peminjam, malah merugikan pihak bank sendiri apabila gagal memperoleh baki hutang yang setimpal.

Dalam pada itu Nadzim memberitahu, terdapat pihak bank bertindak tidak berpe­rikemanusiaan apabila menekan mangsa muflis demi mahu mengejar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.

Katanya, mereka sanggup bertindak tanpa budi bicara dari memberi peluang kedua kepada peminjam untuk melunaskan baki hutang secara beransur-ansur.

“Asalkan KPI tercapai sudah cukup, tidak kisah pe­minjam terus sengsara dengan kehidupan akan datang setelah dibankrap. Kalau gagal capai KPI ini, mereka berhadapan kesukaran kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya.

“Sebaliknya pihak bank wajar menjadikan penyele­saian masalah hutang peminjam dengan kaedah budi bicara sebagai KPI,” katanya.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PAKATAN LELONG MURAH, HARTANAH ORANG MUFLIS JADI MANGSA BANK

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/pakatan-lelong-murah-hartanah-orang-muflis-jadi-mangsa-bank/