3 OGOS 2017 – Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dengan kerjasama Skuad Muda 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Anita Bikers Club telah mengadakan satu program pelancaran dan pelepasan Simbolik Konvoi Merdeka Ride 2017.
Program berlangsung seawal jam 8 pagi sehingga jam 10 pagi di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah JPJ WPKL, Tuan Ismail Zawawi. Turut sama hadir ialah Penasihat Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), YBhg Breg. Jen. (B) Dato’ Husainay Hashim serta VVIP, YBhg Dato’ Ir Mohd Bin Dalip dan YB Dato’ Hj Zaini.
Kerjasama ini adalah pertama kali diadakan diantara Skuad Muda 1 JPJ WPKL serta Anita Bikers Club dan YPNM yang ke 30 siri Jelajah kembara di seluruh Malaysia dan Asean .
Okjektif kerjasama ini diwujudkan bersama bagi kempen kesedaran serta membina etika pemanduan yg berhemah di atas jalanraya kepada semua pengguna dijalanraya khasnya sambil menjalankan tanggungjawab sosial bersama dalam kempen kembara kemanusiaan tanpa mengira sempadan dan bangsa.
Kempen Anjuran Anita Bikers Club yang mendapat kerjasama SKUAD Muda JPJ 1 WPKL dan YPNM akan terus dikekalkan untuk kerjasama seterusnya hingga ke peringkat Asean.
Pada Ogos ini, Jelajah Kembara Kemanusiaan sempena bulan kemerdekaan akan menjelajahi ke seluruh semenanjung dan Borneo.
Disamping itu kembara ini akan ke destinasi pelancongan dalam dan luar negara seperti negara Brunei.