Telah berlangsungnya, satu sidang media berkenaan pelancaran “Pusat Aduan Terkesan Vaksin” di Pejabat PPIM, Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan atau cedera vaksin Covid-19 tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, sebahagian besar mereka terbiar tanpa mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk pulih atau sekurang-kurangnya mendapatkan sebarang bantuan bagi meringankan penderitaan dan beban kesan pengambilan vaksin terhadap mereka.
Susulan itu atas perasaan belas ehsan, perikemanusiaan, kewajiban dan tanggungjawab terhadap sesama manusia terutama saudara Islam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil keputusan untuk menyediakan pusat aduan ini.