Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PEMANDU LORI BIADAP, TUDUH POLIS MINTA DUIT POKET – PPIM – 09/12/2019
09 Dec 2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa tindakan tegas diambil terhadap sepasang suami isteri yang memperlekeh tugas polis serta menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, undang-undang yang dikuatkuasakan mewakili perlembagaan persekutuan dan tindakan tegas perlu dikenakan pada rakyat yang tidak menghormati penguatkuasaan undang-undang.

“Orang awam seharusnya tidak sewenang-wenangnya nak memalukan pihak polis”

“Kita harus menghormati polis dan mana- mana anggota penguatkuasa yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam tanpa mempertikaikan integriti dan kewibaan mereka dalam menjalankan tugas” katanya.

Menurutnya, semangat patrotisme atau cintakan negara bukan hanya sekadar menghafal lagu Negaraku atau mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya termasuk juga menghormati kedaulatan undang-undang dan penguatkuasaannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu rakaman video yang tular mengenai pemandu lori dan isterinya membuat provokasi dan menuduh polis meminta wang.

Katanya, ketulusan anggota polis dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kadangkala dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dalam masa yang sama polis harus meneruskan usaha untuk meningkatkan jati diri semua anggota membanteras rasuah dalam pasukan polis.

#PPIMprihatin #Toqqitegur #Toqqimarah #PPIM #PDRM #viral #patriotisme #BudayaJiwaBangsa #Malaysiaku #JalurGemilang