Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PEMBINAAN RUMAH IBADAT PERLU IKUT SALURAN UNDANG-UNDANG – PPIM – HARAKAHDAILY – 19/02/2024
19 Feb 2024

KAJANG: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah pembinaan kuil secara haram yang dikatakan bakal dibina di kawasan Tanah Lot 12101 Mukim Cheras, di sini.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan berkata pihaknya tiada sebarang masalah dengan pembinaan rumah ibadat agama lain di negara ini, tetapi ia perlu mengikut saluran undang-undang.

“Pihak kami tidak pernah menghalang agama lain untuk diamalkan di negara ini tetapi ia tidak sehingga mengambil kesempatan untuk membelakangi hak rakyat tempatan yang berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Beliau yang dikenali dengan nama Toqqi berkata demikian dalam Sidang Media Bantah Bina Kuil 2.0 di Tanah Lot 12101 Mukim Cheras di balai raya bersebelahan Surau Al-Falah Kg. Bukit Dukong semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Menurut Ridhuan, pembinaan kuil haram tersebut boleh mengancam keselamatan rakyat negara ini.

Beliau juga mendakwa isu pembinaan kuil haram ini berpunca daripada sifat sesetengah ahli politik yang membela projek sebegini.

“Jadi, sudah-sudahlah bermain politik dalam isu-isu sebegini kerana ini merupakan perkara yang amat sensitif,” ujarnya.

Beliau menegaskan tidak ada sebarang masalah bagi bukan Islam untuk membina rumah ibadat masing-masing tetapi perlu berpada-pada dan mengikut saluran undang-undang yang betul.

“Diharapkan rakyat tempatan berbilang kaum di negara ini terus bersatu padu dalam menghadapi isu-isu sebegini,” katanya.

Artikel oleh: Harakahdaily

PEMBINAAN RUMAH IBADAT PERLU IKUT SALURAN UNDANG-UNDANG

https://www.facebook.com/harakahdailyHD/posts/pfbid02JA6tmGumpqj6Wtk7y3beS1wWvSdGGnsuF2knuHu2FZnUCr1NKoJySpHGBgKJmY72l