Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENASIHAT KEHORMAT PPIM DATUK HUSAINY HASHIM MENINGGAL DUNIA – SINAR HARIAN – 24/1/19
24 Jan 2019

Sinar ( penasihat kehormat PPIM Datuk Husainy Hashim meniggal dunia ) 24.1.19

KUALA LUMPUR – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini pada pukul 8.20 malam ini.

Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata Husainy, 73, yang juga Pengerusi Yayasan Patriot Negara dimasukkan ke hospital itu pada 16 Jan lepas akibat strok.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat PPIM dan beliau banyak membantu dalam tugasan kami dalam menegakkan keadilan demi hak pengguna.

“Segala nasihat dan pesanan beliau akan kami kenang dan amalkan demi meneruskan legasi beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata jenazah Husainy akan dibawa ke Masjid Khalid Al Walid Jalan Padang Tembak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 di Kota Damansara pukul 10 pagi esok.

Allahyarham pernah berkhidmat di beberapa agensi awam seperti di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Penyelidikan di Cawangan Khas Kedah serta Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Ankara, Turki. – Bernama

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

PENASIHAT KEHORMAT PPIM DATUK HUSAINY HASHIM MENINGGAL DUNIA

https://www.sinarharian.com.my/article/9352/BERITA/Nasional/Penasihat-Kehormat-PPIM-Datuk-Husainy-Hashim-meninggal-dunia