Paderi Terry Jones yang mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia, akhirnya membatalkan jua rancangannya mahu membakar al-Quran sempena memperingati peristiwa 11 September di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Pelbagai kritikan,bantahan,cemuhan dan makian telah dilontarkan kepada paderi yang tidak mempunyai akal ini, malah terdapat ancaman bunuh juga terhadap dirinya. Walaupun niatnya itu dibatalkan tetapi dunia tergamam dengan pengumumannya. Sikap prejudis dan anti Islam rata-ratanya masih menebal di Barat.
Apa yang dikhuatirkan ialah apabila beliau meneruskan juga niatnya itu dan satu tindak balas yang agresif dan ganas akan berlaku dikalangan orang Islam. Natijahnya, hanya akan memburukkan lagi hubungan antara orang Islam dan Kristian serta selanjutnya menyusahkan seisi dunia pada keseluruhannya.
Yang dicetuskan ialah Islamofobia iaitu takut pada Islam. Kini di Barat itulah yang berlaku. Tanda terbesar sikap Islam ini menurut pandangan dari kaca mata mereka ialah peristiwa 11 September yang kononnya didalangi oleh orang Islam. Lalu dibenak fikiran mereka, menganggap ajaran al-Quran sebagai jahat.
Sebenarnya rancangan untuk membakar al-Quran adalah berkaitan dengan rancangan pembinaan masjid berhampiran kawasan pembinaan Pusat Dagangan Dunia (WTC). Pembinaan masjid itu ditakuti akan melahirkan ramai lagi pengganas Islam pada fikiran mereka. Persoalannya, betapa warga Islam di Amerika seramai tujuh juta boleh menjadi masalah?
Jika dilihat, bilangan mereka tidak sampai dua peratus dari jumlah besar penduduk Amerika. Inilah sikap Islamofobia yang melanda kebanyakkan orang kafir di Barat. Mujurlah Presiden Obama masih lagi mempunyai otak yang waras dengan menegaskan bahawa Amerika ‘tidak sekali-kali’ akan memerangi Islam. Beliau lalu menyeru rakyat Amerika
Bagi orang Islam, al-Quran adalah semulia-mulia ajaran. Keganasan bukan ajaran Islam. Sejak peristiwa 11 September, orang Islam di beri gelaran ‘pengganas’. Lalu muncullah sikap ‘Islamofobia ‘ dikalangan warga Amerika dan seluruh Eropah. Bagaimanakah pula keganasan yang dilakukan oleh pihak Barat terhadap dunia Islam dan di wilayah minoriti Islam?
Hakikatnya, dunia tidak memanggil tentera Amerika mahupun tentera Israel sebagai pengganas. Tetapi adakah apabila tentera Israel ‘menembak kapal kemanusiaan’ untuk Gaza itu bukan keganasan namanya?!
Hairul Sahril,
PPIM,Johor Bahru