Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENDEDAHAN MENGEJUT: MAKANAN KUCING MENGANDUNGI UNSUR BABI – ANCAMAN KEPADA KESUCIAN IBADAH – SIDANG MEDIA PPIM – 07/10/2025
07 Oct 2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima aduan mengenai makanan kucing dan didapati sejumlah produk makanan kucing di pasaran Malaysia yang dikhuatiri mengandungi babi, sekaligus menimbulkan persoalan serius terhadap pengguna Muslim.

Isu ini bukan sekadar melibatkan pengguna Muslim, tetapi juga boleh memberi kesan kepada kesucian ibadah umat Islam, memandangkan haiwan peliharaan yang diberi makanan tidak halal berpotensi menjejaskan kebersihan di rumah dan kawasan solat. Sehubungan dengan itu, PPIM telah mengadakan satu sidang media bagi membincangkan isu ini.