Akhir tahun lepas semua dikejutkan dengan kenaikan harga bawang merah India yang dijual tiga kali ganda mahal dari harga pasaran. Hal ini amat dikhuatiri pengguna kerana kenaikan harga barang mentah akan memberi kesan kepada harga makanan. Ramai pengguna yang sebenarnya tidak tahu akan hak mereka dan cara untuk menyelesaikan permasalahan harian yang mereka hadapi.
“Pengguna telah terlalu lama dan terbiasa dibantu. Kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab mereka tetapi pengguna juga perlu main peranan. Selain itu, PPIM turut menjalankan usaha dalam memberi kesedaran kepada pengguna walaupun bermacam inisiatif telah kerajaan laksanakan,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.
Menurutnya lagi, di era IT kini, pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat dalam talian dan tidak perlu lagi menunggu informasi yang disediakan oleh kerajaan dan juga pihak lain.
PPIM menyeru pengguna agar sentiasa mewujudkan satu generasi intelektual supaya tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak lain.