Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENGUNDI DIINGATKAN SUPAYA MEMILIH WAKIL RAKYAT, BUKAN WAKIL PARTI – PPIM – DAGANGNEWS – 26/10/2022
01 Nov 2022

KUALA LUMPUR 26 Okt – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri-ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU-1 5 ini.

Ketua Akfivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih.

“Mengikut sejarah kita, menteri-menteri/ahli parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegrifi, sombong dan menyusahkan rakyat.

“Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nadzim berkata, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati cita rasa rakyat.

Justeru, sebelum PRU-1 5 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik dan menipu.

Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana.

Artikel oleh: DagangNews

PENGUNDI DIINGATKAN SUPAYA MEMILIH WAKIL RAKYAT, BUKAN WAKIL PARTI – PPIM

https://www.dagangnews.com/content/pengundi-diingatkan-supaya-memilih-wakil-rakyat-bukan-wakil-parti-ppim-20676