Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENIAGA SENGAJA JADI MUFLIS – SINAR HARIAN – 13/02/2024
13 Feb 2024

SHAH ALAM – Segelintir peniaga didakwa sengaja menjadikan diri mereka muflis kerana enggan membayar hutang dan memilih jalan mudah untuk melepaskan diri.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman berkata, secara umumnya strategi itu biasanya digunakan bagi mereka yang mengambil insurans yang tinggi.

“Mereka ambil insurans yang tinggi. Kemudian, katakan mereka ini peniaga, jadi mereka pun bakar kedai mereka.

“Dengan itu mereka boleh tampung dengan insurans. Kedua, mereka mengambil pendekatan berhutang dengan lebih tinggi lagi, kemudian abscond (melarikan diri), itu biasa kita dengar.

“Biasa yang berhutang tinggi ini, mereka sudah ada hutang tidak berbayar (NPL) lama. Kemudian mereka buat proposal (cadangan) ambil hutang lagi besar, apabila mereka diketahui, mereka lari ke luar negara (sebelum diisytihar muflis),” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Ujar Ma’amor, apabila mereka diisytihar muflis, mereka sudah tidak risau kerana telah mempunyai duit dan berada di luar negara.

“Negara luar senang menerima orang yang ada duit, dan tidak peduli apa kisah masa lampau mereka, misalnya Australia.

“Kalau kita pergi Australia dan bawa minimum wang tunai 1 juta dolar Australia, kita melabur, membelanjakan wang dan sebagainya. Lima tahun kemudian kita boleh dapat warganegara.

“Bagi orang seperti mereka, risiko-risiko senarai hitam memang tidak dipedulikan langsung,” ujarnya.

Tambahnya, berhutang sehingga tahap diisytihar muflis memberi kesan kepada mereka yang bekerja di negara ini.

“Kalau penjawat awam atau bekerja swasta, mereka boleh dibuang kerja. Ini ke-ana undang-undang di Malaysia menyatakan majikan tidak boleh menggajikan orang muflis.

“Kemudian risiko lain bagi mereka yang berhutang keliling pinggang ini, secara psikologinya mereka hidup dalam keadaan stres.

“Apabila orang lain tahu kita berhutang, kita pun rasa lemah semangat dan malu nak berjumpa,” ulasnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PENIAGA SENGAJA JADI MUFLIS

https://www.sinarharian.com.my/article/649232/berita/nasional/peniaga-sengaja-jadi-muflis