Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENIPUAN DIGITAL: SILIBUS PENCEGAHAN PERLU DIPERKENALKAN – PPIM – BERITA RTM – 09/08/2026
11 Aug 2026

Kuala Lumpur, 9 Ogos – Silibus mengenai pencegahan penipuan digital wajar diperkenalkan susulan kes melibatkan jenayah berkenaan semakin berleluasa.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata, Langkah tersebut turut membina daya tahan masyarakat terhadap pelbagai taktik penipuan.

Katanya, kesedaran perlu dipupuk sejak awal agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan panggilan palsu yang bertujuan menakutkan mangsa dan mendesak untuk segera memindahkan wang.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita mempunyai satu silibus asas yang mendidik masyarakat tentang cara mengenal pasti dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.”katanya.

Beliau ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Artikel oleh: Berita RTM

PENIPUAN DIGITAL: SILIBUS PENCEGAHAN PERLU DIPERKENALKAN – PPIM

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/penipuan-digital-silibus-pencegahan-perlu-diperkenalkan-ppim/