Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENIPUAN PULUHAN JUTAAN RINGGIT HANGUS DALAM PELABURAN KONGSIMAKAN BERHAD DIDALANGI ORANG BERPENGARUH – PPIM – 5/10/2017
05 Oct 2017

Tidak akan pernah habis, penipuan sesetengah individu yang mengaut kekayaan mahupun keuntungan yang mudah dan cepat daripada titik peluh puluhan ribu orang Kampung dan bandar yang teraniaya seluruh negeri.

PPIM terpanggil untuk mendengar rintihan mereka yang menunggu pulangan wang besar seperti yang dijanjikan. Perkara seperti ini perlu dipantau dengan lebih terperinci bagi mengelakkan diri dari terjebak dalam situasi yang lebih teruk dan merugikan.

2 3

Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata sidang media ini diadakan diatas permintaan dan rayuan dari mangsa-mangsa yang mengalami kerugian melalui skim tersebut.

“Skim KongsiMakan ini berbeza dari skim yang lain diluar sana kerana lebih berkonsepkan francais dan mungkin ada elemen tersembunyi dibelakang perkara ini”

Beliau turut mempersoalkan bagaimana syarikat skim ini yang pada mulanya beroperasi pada awal tahun 2015 tanpa mempunyai lesen jualan tiba-tiba pada 2017 sudah mempunyai lesen.

“Ini merupakan sindiket penipuan yang dirancang dan mengapa hanya seorang sahaja dari syarikat tersebut ditahan?” beliau mempersoalkan lagi.

4

 Menurutnya lagi, sudah 80 ribu orang yang menjadi mangsa kepada skim KongsiMakan ini dan melibatkan kerugian sebanyak RM 1 Bilion.

“Saya minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melihat dan membekukan wang ini supaya tidak dipindah ke luar negara. Perlu ada mekanisme dimana wang yang dibeku itu dikembalikan kepada mangsa semula bukan lebur begitu sahaja,”katanya.

Hisham turut meminta para mangsa supaya tidak mudah berputus asa dalam memperjuangkan hak yang ditindas dan mewujudkan satu sekretariat untuk kes ini serta melantik peguam untuk memerhati.

Turut hadir Bersama iaitu wakil mangsa skim KongsiMakan iaitu Mohamad Isa Mohd Yassin.

7

“Ahli dikehendaki untuk membeli barang dikeluarkan oleh syarikat yang berharga RM 1700 untuk satu set dan perlu menjual barang tersebut kepada ahli baru” katanya.

Isa turut menyatakan skim ini diperkuatkan lagi dengan menawarkan hadiah seperti kereta, percutian dan pakej umrah bagi yang telah mencapai jualan yang banyak.

“Saya mohon semua untuk membuat laporan kepada Polis dan PPIM untuk siasatan lanjut dan minta polis untuk membuat siasatan keseluruhan syarikat tersebut serta wang keluar masuk syarikat” tegasnya di dalam sidang media tersebut.

Di akhir sidang media ini, Toqqi menggesa pihak kerajaan supaya menubuhkan badan penyelidikan untuk mendapatkan maklum balas dari masyarakat mengenai sesuatu kes yang diutarakan.

5 6