Bagi terus membantu usaha meringankan beban rakyat yang amat terkesan dengan serangan COVID19 kerana tidak dapat mencari rezeki, satu usaha murni telah termetri di antara Gardenia Bakeries(KL) Sdn Bhd dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu mengedar makanan kepada keluarga- keluarga yang memerlukan. Bagi tujuan ini Gardenia akan membantu dengan 10,000 beg hadiah yang mengandungi Fluffy Buns, NuMee, Quick Bites Muffin dan Kurma yang akan diedarkan oleh PPIM kepada masyarakat yang memerlukan.
Sehubungan dengan itu, bantuan pertama sebanyak 2000 beg akan diedarkan bagi golongan asnaf di kawasan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai, Kuala Lumpur. Edaran juga akan dibuat melalui Program ZERO HUNGER bersama Yayasan Brainy Bunch di beberapa kawasan terpilih di Selangor, Perak dan PPRT Wilayah Persekutuan.
Bagi tujuan itu, satu liputan media telah diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Sri Rampai.