18 Mei 2017- Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merasmikan pelancaran Projek Nasi Muafakat Nasi Rakyat di Ruang Legar, Space U8 Eco Mall.
Nasi Muafakat adalah satu inisiatif yang dibuat oleh FoodPro Malaysia dalam membantu masyarakat dengan menyediakan makanan semurah RM 10 bagi 3 bungkus termasuk minuman percuma. Ini mampu membantu masyarakat terutamanya rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Selain daripada membantu masyarakat dalam memberi makanan dengan harga yang murah, projek ini juga mampu membuka ruang perniagaan kepada rakat Malaysia terutamanya golongan asnaf bagi meraih pendapatan.
Projek ini juga mampu sedikit sebanyak menangani isu pembaziran makanan yang berlaku sehingga membawa kepada kerugian sebanyak 15,000 tan metrik sisa makanan setiap hari di Malaysia yang dilaporkan oleh SWCorp dan MARDI Malaysia.
Projek Nasi Muafakat ini berasaskan dari produk Serbuk Pra Campuran Foodpro. Serbuk Pra Campuran Foodpro dikatakan mampu menghasilkan hampir 130 menu masakan Malaysia dan ia didalam bentuk serbuk. Antara menu yang dipasarkan adalah masak kicap, masak lemak cili api, masak kurma, rendang, masak kari, masak merah, kapitan, kuah lontong dan pelbagai lagi.
Dengan adanya produk ini, PPIM merasakan ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan sekaligus meningkatkan ekonomi rakyat.