Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERASMIAN RANGKAIAN RICHIAMO MART PERTAMA DI MALAYSIA – KPDN – 05/05/2024
07 May 2024

SELANGOR, 5 MEI 2024, AHAD – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah hadir merasmikan rangkaian Richiamo Mart pertama di Malaysia yang bertempat di Plaza Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Selain daripada majlis perasmian, Kumpulan Richiamo melalui Richiamo Manufacturing, Richiamo Coffee dan Yayasan Dakwah Negara turut menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo yang dihadiri oleh para tetamu kehormat dan juga media.

Perasmian hari ini seiring dengan usaha KPDN untuk membantu memasarkan produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta barangan buatan Malaysia untuk dikenali pengguna dan seterusnya mendapat peluang untuk dipasarkan dalam rangkaian peruncitan di Malaysia.

#KPDN #MalaysiaMADANI #PMKS

Sumber: KPDN

PERASMIAN RANGKAIAN RICHIAMO MART PERTAMA DI MALAYSIA

https://www.youtube.com/watch?v=_ArdlbdCrNY