Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) memberi komitmen akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak towing yang tidak bertanggungjawab memaksa pemilik kenderaan menggunakan perkhidmatan mereka.
Naib Presiden PERCAMAS, Ewan Radzuan berkata, pertubuhan itu amat mementingkan menjaga kebajikan pengguna jalan raya dengan memberi pertolongan awal selepas kemalangan dan mengawal lalu lintas.
“Penggiat industri tidak sewajarnya memburukkan mana-mana pihak sebaliknya fokus kepada berkhidmat untuk pengguna,” katanya di sidang media disini hari ini.
Ewan menegaskan keutamaan adalah untuk pengguna memastikan callman yang berurusan dengan mereka adalah ahli PERCAMAS.
PERCAMAS berharap dapat memberi kesedaran dan maklumat penting kepada pengguna jalan raya agar tidak menjadi mangsa penipuan dan penindasan apabila berlaku kemalangan.