Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu perjumpaan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Fazlisyam Abd Majid dan Ketua CID, Tuan Subra.
Antara isu yang diperbincangkan ialah berkenaan kes kereta sambung bayar dan kes keldai akaun.
Ketua Polis Selangor berpendapat kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca kerana kurangnya maklumat kepada orang ramai.