Satu perbincangan diantara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Ummi Nasrah binti Othman telah belangsung pagi ini.
Perbincangan tersebut adalah berkenaan dengan isu ejen penarikan semula (EPS), salah guna kuasa oleh syarikat kredit kenderaan dan juga kaedah untuk menangani kes-kes pajakan dan sambung bayar kenderaan.