LANJUTAN KES 8JUTA
Wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan, Afif Johor dan Imran Yusof bersama pengadu iaitu En Arman Putera dan En sahid dari Kosmo Mobile Manufacturing Sdn Bhd. telah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Bin Mamat di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam.
Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kes yang melibatkan syarikat Ahlong yang berjaya melelong bangunan di seksyen 15 Shah Alam.
Hasil pertemuan tersebut mengesahkan bahawa lelongan tersebut tidak sah kerana masih dalam siasatan polis dan pihak polis telah membuka fail kes Ahlong untuk syarikat Contrarian ini.