Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERJUMPAAN SILATURRAHIM PEKERJA INDUSTRI E-HAILING MALAYSIA DAN BANTUAN MAKANAN ASAS SEMPENA PERAYAAN AIDIL FITRI – PPIM – 06/06/2020
06 Jun 2020

Persatuan Kebajikan Pekerja Industri E-Hailing Malaysia (Persatuan E-Hailing Malaysia), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama pihak PERKESO dengan rasa syukur telah meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed yang terkorban akibat kemalangan jalanraya 1 Jun yang lalu di rumah keluarga Allahyarham di Bukit Antabangsa pagi ini. 

Susulan itu, PPIM dan Persatuan E-Hailing Malaysia dengan kerjasama beberapa pihak mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan Silaturrahim Singkat Bersama Pekerja dan Penggerak E-Hailing Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada para penggerak dan pekerja industri ini yang banyak membantu dan melancarkan aktiviti-aktiviti ekonomi negara kita secara langsung dan tidak langsung. Dalam masa yang sama pihak PPIM dan Persatuan E-Hailing Malaysia juga mengadakan ‘Mini Talk’ ringkas yang dihadiri oleh pihak PERKESO dan wakil-wakil yang terlibat dengan industri dan badan korporat bagi membincangkan cabaran, masalah dan masa depan mereka termasuk isu pemandu mabuk.  Mini Talk ini dibuat secara langsung (Live) di Restoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru yang bermula pada 11.15 pagi. 

Dengan keperihatinan ini, PPIM bersama Persatuan E-Hailing Malaysia dan juga Malakat Mall menyediakan sedikit bantuan makanan asas dan diberikan kepada mereka; pekerja dan penggerak E-Hailing sempena Aidil Fitri dan bulan Syawal yang mulia ini.