Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TOQQI DAN CG IZHAM NAYAN PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA INDUSTRI E-HAILING – IZHAM NAYAN – 29/04/2020
30 Apr 2020

BORANG AHLI.

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA INDUSTRI E-HAILING.

“Kalau Kita Kuat. Baru Orang Hormat.” – toqqi PPIM.

BORANG.
http:// https://forms.gle/N7FSTVbLJqwUNnAS7

BERITA.

Bantu pemandu e-hailing tingkat perkhidmatan

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan E Hailing (PKEH) menyediakan dua pusat sehenti kepada pemandu aplikasi itu merujuk apa jua urusan berkaitan kerja mereka.

Ia juga bagi membolehkan mereka berehat bagi melepaskan penat selepas penat bekerja selain dapat berbincang sesama sendiri bagaimana untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, dua lokasi itu ialah Restoran Ali Cafe di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan Malakat Mall Cyberjaya yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat.

Katanya, ia sebagai bentuk kemudahan kepada pemandu e-hailing yang selama ini berdepan pelbagai masalah di dalam melaksanakan tugas mereka.

“Kita akan naik taraf perkhidmatan e-hailing ini. Sudah sampai masanya mereka ini juga diberi perhatian.

“Kita juga sediakan pinjaman sebanyak RM2,000 tanpa cagaran dan yuran untuk tempoh dua tahun.

“Dengan adanya bantuan ini, mereka mungkin dapat membeli motosikal baru, membaiki atau menggunakan wang itu untuk tujuan kerja,” katanya dalam Facebook PPIM, hari ini.

Turut serta jurucakap PKEH Dr Izham Nayan.

Nadzim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai nasib pemandu e-hailing tidak kira sama ada kereta atau motosikal yang tidak ada tempat mengadu.

“Ini termasuk soal penipuan ketika penghantaran, keselamatan dan hak mereka ketika bekerja. Jadi kerjasama ini akan melihat kepada semua perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Izham berkata, PKEH akan mewakili semua jenis perniagaan menggunakan aplikasi e-hailing dan pihaknya akan menyediakan platform pendaftaran yang akan diumumkan nanti.

Katanya, ia diharapkan akan menjadi tempat rujukan pemadu e-hailing untuk berkongsi masalah mengenai pekerjaan mereka.

“Kita yakin ia akan memberi manfaat kepada semua dan kita berusaha untuk meletakkan pekerjaan ini setanding dengan karier yang lain,” katanya..

Artikel oleh: Izham Nayan

PERSATUAN KEBAJIKAN E-HAILING BERSAMA TOQQI

https://www.youtube.com/watch?v=AHvnb01kxtU