Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN DILANCAR BAGI MEMBANTU BAKAL GRADUAN ISLAM DI TIMUR TENGAH YANG HAMPIR DIGANTUNG PENGAJIAN KERANA MASALAH KEWANGAN
09 Dec 2010

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN DAN SIDANG MEDIA DI SEMBANG SEMBANG CAFE

WAKIL NGO DAN KORPORAT

PELANCARAN TABUNG

PELANCARAN BLOG RASMI TABUNG

WAKIL AC KONSORTIUM

WAKIL AL-MESWAK MU’MIN
9 Disember 2010 ( 3 Muharram 1432H )-Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Perkasa, Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) Dan Majlis Perundingan Melayu (MPM),  Yayasan Basmi Kemiskinan dan beberapa NGO lain serta badan korporat seperti AC Konsortium dan Al-Meswak Mu’min (pengeluar Ubat Gigi terkenal Mu’min) telah mengambil inisiatif mewujudkan TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN  bagi membantu lebih kurang 2000 orang bakal graduan Islam di Timur Tengah yang mungkin akan digantung pengajian kerana tiada sokongan kewangan dari kerajaan sama ada berbentuk pinjaman atau biasiswa.
Tabung ini diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar tersebut untuk menerus dan menamatkan pengajian atas dasar tanggungjawab, amanah dan kerana merekalah harapan generasi akan datang. Maklumat lanjut tentang permasalahan berkaitan dan tabung tersebut, sila layari http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com/.
Segala sumbangan boleh disalur ke akaun Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 14370003771050 (CIMB). Slip transaksi sumbangan perlulah difaks ke sekretariat di 03-42566617 atau emel ke muslimconsumers@gmail.com atau menghubungi sekretariat di talian 0199130000.
Setakat sehari tabung ini dilancarkan pada majlis yang berlangsung di Sembang Sembang Cafe, sebanyak RM 7967.70 telah  berjaya dikumpul bagi disalurkan terus kepada bakal graduan tersebut. Sumbangan samada dari NGO, individu dan badan korporat lain, masih diharapkan bagi membantu mereka membiayai yuran pengajian, keperluan harian dan sebagainya.