Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERTAHANKAN SERBA DINAMIK HOLDINGS – PPIM – SAMUDERA.MY – 02/07/2021
03 Jul 2021

Kami ingin membuat pengumuman rasmi berhubung isu Serba Dinamik Holdings Berhad

1. Saya Nadzim Johan @ Toqqi, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Coach Fadzil Hashim, Pengasas Kumpulan MALAKAT Mall berdiri teguh bersama kepimpinan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Lembaga Pengarah dan barisan Pengurusan kanan Serba Dinamik Holdings Berhad.

2. Kami juga menyokong tindakan menyaman pihak auditor sebagai langkah pertama memulihkan integriti korporat dan seterusnya mengembalikan keyakinan pelabur terhadap saham Serba Dinamik Holdings Berhad.

3. Tindakan pihak Auditor dengan jelas telah menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur institusi dan mengakibatkan penurunan harga saham Serba Dinamik berjumlah lebih 5 Billion Ringgit.

4. Kami menggesa pemegang saham utama seperti KWSP untuk menghentikan penjualan saham tersebut kerana penjualan saham yang berterusan oleh pemegang saham utama seperti KWSP dan PNB meningkatkan lagi kerugian yang mereka alami sekaligus memberi impak yang sangat berat dan negatif kepada pelabur-pelabur kecil.

5. Kami menyeru semua rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu untuk bangkit dengan membeli 100 unit saham Serba Dinamik Holdings Berhad yang kini bernilai Ringgit Malaysia Empat Ratus Sahaja (RM400) sebagai tanda sokongan kita terhadap sebuah syarikat anak tempatan yang berwibawa dan bertaraf global.

6. Serba Dinamik Holdings Berhad adalah sebuah syarikat yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kejuruteraan peringkat antarabangsa yang telah wujud selama 27 tahun, yang telahpun melakarkan banyak kejayaan serta memenangi anugerah.

7. Malah syarikat tersebut telah melakarkan kejayaan terbaharu selepas melancarkan ekonomi ruang angkasa melalui usaha dalam penyambungan satelit bagi tujuan komunikasi internet di luar bandar dan pedalaman.

8. Baru-baru ini syarikat tersebut mendapat publisiti yang meluas tetapi bagi tujuan yang salah, sehingga menarik perhatian ramai pihak, termasuk PPIM dan kami.

9. Kami merasa hairan dan terkejut dengan situasi yang melanda syarikat ini, yang mana dapatan audit yang sangat remeh telah meningkat menjadi gunung api yang begitu pantas membara, menyebabkan kerugian kapitalisasi pasaran lebih dari RM5 bilion.

10. Kami bingung, dengan cara pelik dan aneh yang dilakukan pihak auditor, dan keputusan pra-matang yang tidak profesional dibuat oleh KPMG dan betapa tergesa-gesanya dilaporkan kepada SC, dan skala di mana tindakan telah diambil oleh SC.

11. Kami juga dapat dimaklumkan bahawa sepanjang MCO sejak tahun lalu, Serba Dinamik adalah satu-satunya syarikat yang mengalami serbuan secara fizikal oleh SC. Kejadian-kejadian yang berlaku kemudiannya terus mengejutkan kita kerana kronologinya  menimbulkan banyak tanda tanya.

12. Kami telah melihat laporan sebuah portal ekonomi yang menyerang syarikat ini setiap hari bertubi-tubi sehingga mengulang berita yang sama berkali-kali. Pada masa yang sama lautan pengguna dalam talian palsu dibuat di Klscreener dan forum pelabur lain dalam jumlah yang banyak dan memasukkan berita palsu dan negatif mengenai syarikat itu setiap hari.

13. Sebenarnya, saya melihat sebuah laporan polis yang dibuat oleh syarikat itu mengenai artikel berniat jahat yang ditulis oleh seorang yang bernama ‘Uncle Tan’ yang kebetulan merupakan pengguna palsu yang didaftarkan beberapa hari yang lalu.

14. Oleh itu kita dapat melihat dengan jelas, tangan-tangan tersembunyi dan ghaib yang terbabit dalam usaha bagi mengenakan kerugian besar yang dialami oleh salah satu PLC bumi yang paling berjaya di Malaysia.

15. Kerugian ini, sebenarnya memberi kesan kepada para pelabur, pelabur peruncit kecil pada masa di mana wabak Covid-19 memberi kesan dalam kehidupan kita dengan teruk.

16. Kami juga menggesa Kerajaan hari ini untuk melakukan sesuatu dan berusaha untuk membincangkan bagaimana kita dapat sama-sama menyelamatkan dan menolong syarikat ini dari serangan keji yang sedang dilakukan. Ingatlah, mata pencarian 5000 keluarga bumiputera akan terjejas sekiranya masalah ini terus meningkat dan dibiarkan.

17. Kami juga mendesak dan merayu semua pelabur runcit untuk bersabar dan menyokong syarikat dengan menahan dan tidak panik menjual saham tersebut kerana kami difahamkan bahawa syarikat itu melakukan segala yang mungkin, untuk mengatasi situasi semasa yang dihadapi termasuk melakukan pertukaran besar dalam lembaga pengarah serta pengurusan kanan.

18. Marilah kita bersama-sama maju dan selamatkan syarikat Bumi ini dari kerosakan dan menjadi peninggalan sejarah.

Nadzim Johan @ Toqqi
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Mohd Fadzil Hashim
Group CEO
Kumpulan Malakat Eco

Artikel oleh: Samudera.my

PERTAHANKAN SERBA DINAMIK HOLDINGS – PPIM

https://www.samudera.my/pertahankan-serba-dinamik-holdings-ppim/