Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERTIKAI LANTIKAN PENGERUSI SUHAKAM, SEVEN DORAISAMY BIADAP – PPIM – SUMBERKINI – 05/07/2022
06 Jul 2022

PETALING JAYA: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy yang mempertikaikan pelantikan Profesor Datuk Dr Rahmat sebagai Pengerusi SUHAKAM yang baru disifatkan sebagai biadap dan berat sebelah.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Sevan bercakap tanpa memikirkan kelayakan Dr Rahmat.

“PPIM menjunjung kasih atas perkenan YDPA yang juga telah memperkenankan pelantikan Dr Rahmat sebagai Pengerusi Suhakam selaras dengan Subsekyen 6(1) Akta 597.

“Jika ada mana-mana pihak yang membantah dan mempersoalkan perkenan Tuanku, ia ibarat mereka menderhaka dan melawan titah Tuanku dan perbuatan ini boleh disabitkan peruntukan Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nadzim berkata, pihak yang tidak berpuas hati berkenaan lantikan ini, pastinya mempunyai agenda peribadi tersendiri dan tidak mahu kebenaran hak asasi manusia menjadi keutamaan negara.

Tambahnya, PPIM menyokong penuh lantikan Dr Rahmat Mohamad sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baharu.

Beliau juga menggesa mana-mana pihak menghentikan pertikaian tersebut dan juga memberi ruang kepada Dr Rahmat untuk menjalankan tugas-tugas beliau, demi kebaikan negara.

Artikel oleh: Sumberkini

PERTIKAI LANTIKAN PENGERUSI SUHAKAM, SEVEN DORAISAMY BIADAP – PPIM

https://sumberkini.my/pertikai-lantikan-pengerusi-suhakam-seven-doraisamy-biadap-ppim/#google_vignette