Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERTIMBANG RUMAH TRANSIT BUAT GOLONGAN MUDA – KOSMO – 31/01/2022
02 Feb 2022

PETALING JAYA – Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan perumahan transit khususnya buat golongan muda yang bekerja di ibu kota dalam usaha meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kewajaran mewujudkan perumahan transit itu bagi membantu anak muda yang terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi kerana tidak mampu menyewa rumah berdekatan lokasi mereka bekerja.

“Kalau kita lihat, ramai anak muda yang bekerja di ibu kota terpaksa menyewa jauh dari bandar kerana tidak mampu menampung kos sewa yang mahal. Akibatnya, mereka terpaksa pula keluarkan kos pengangkutan yang tinggi.

“Jadi, PPIM mencadangkan kerajaan agar mempertimbangkan untuk menyediakan perumahan transit buat golongan ini, tidak kira individu bujang atau mereka yang sudah berkeluarga,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, kerajaan juga boleh memberi subsidi atau pengurangan cukai kepada majikan yang sanggup menyediakan asrama yang sesuai mengikut jumlah pekerja serta keluarga mereka.

Selain itu ujarnya, kerajaan boleh mewujudkan pusat penjualan barangan terkawal untuk individu dan keluarga dengan menggunakan medium semakan MyKad sebagai kaedah pengawalan.

“Dalam konteks ini, setiap keluarga misalnya boleh membeli lima ekor ayam sebulan pada harga rendah.

“Kaedah ini bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna selain turut boleh dilaksanakan untuk bara­ngan lain seperti beras, gula, mi­nyak masak dan tepung,” ujarnya.

Artikel oleh: Kosmo

PERTIMBANG RUMAH TRANSIT BUAT GOLONGAN MUDA

https://www.kosmo.com.my/2022/01/31/pertimbang-rumah-transit-buat-golongan-muda/