Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERTIMBANG SEBELUM TANDATANGANI PERJANJIAN PANDEMIK ANTARABANGSA – NGO – BERNAMA – 19/05/2022
31 May 2022

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) — Kerajaan diminta mengkaji isi kandungan Perjanjian Pandemik Antarabangsa yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum menandatanganinya, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

‘Kerajaan kena beritahu rakyat apa kebaikan daripada perjanjian ini dan kesan baik kepada kita: katanya kepada pemberita selepas bersama sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kerajaan menandatangani Perjanjian Pandemik Antarabangsa itu di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Pada 1 Dis lepas, WHO dalam satu kenyataan memaklumkan Perhimpunan Majlis Kesihatan Sedunia bersetuju untuk memulakan proses global bagi merangka dan merunding konvensyen, perjanjian atau instrumen antarabangsa lain di bawah Perlembagaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

la bagi mengukuhkan langkah pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap pandemik COVID-19.

“Kita nak KKM kaji. Kita tidak mahu ia ditandatangani untuk menjerat kepala kita. Ini macam menawan negara ini. Anda menyerahkan hak anda kepada golongan elit global dan kita tidak sepatutnya membenarkan perkara ini berlaku,” kata Nadzim.

Artikel oleh: Bernama

PERTIMBANG SEBELUM TANDATANGANI PERJANJIAN PANDEMIK ANTARABANGSA – NGO

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2082594