Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PINDAAN AKTA 342: PENDEKATAN ‘DRACONIAN’ KKM BAKAL MENGUNDANG PADAH – PPIM – SAMUDERA.MY – 16/12/2021
18 Dec 2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius terhadap keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membentangkan cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) yang bakal diluluskan sebelum sidang Parlimen berakhir untuk penggal ini.

Cadangan pindaan ini akan memberikan peruntukan kepada KKM untuk menaikkan denda salah laku Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998.

Di bawah akta yang bakal dipinda ini, denda terhadap mana-mana kesalahan di bawah ini termasuk:

1.Tidak memakai pelitup muka atau tidak mengamalkan penjarakan sosial
2. Perlanggaran perintah kuarantin
3. Terlibat dalam acara-acara yang dilarang yang melibatkan perkumpulan orang ramai
dan sesak.

Di bawah pindaan ini, KKM meminda agar bagi individu yang melanggar perintah di bawah Akta ini, dendanya akan dinaikkan dari RM1,000 kepada RM100,000 manakala bagi syarikat korporat sehingga RM2 juta.

PPIM menganggap pindaan terhadap akta ini adalah amat keterlaluan dan bakal memberikan impak yang amat besar kepada rakyat yang baru sahaja mampu menghela nafas lega setelah hampir semua aktiviti dibuka.

Kegiatan ekonomi yang membolehkan sebahagian besar rakyat menyesuaikan norma baharu ini akan menghimpit kembali keadaan mereka.

Sebagai manusia biasa, dalam keadaan tertentu, perlanggaran undang-undang itu akan berlaku juga, samada sengaja atau tidak disengajakan, atau berada dalam keadaan terpaksa. Jika pihak penguatkuasa gagal menggunakan pertimbangan yang wajar dan bersikap mencari-cari kesalahan orang, maka ramai yang bakal berdepan masalah bila ianya dilaksanakan.

PPIM menyeru agar kerajaan tidak mengambil pendekatan yang berbaur “draconian” ini yang bakal mengundang padah tetapi sebaliknya lebih mengambil langkah mendidik rakyat dengan bijaksana.

Artikel oleh: Samudera.my

PINDAAN AKTA 342: PENDEKATAN ‘DRACONIAN’ KKM BAKAL MENGUNDANG PADAH – PPIM

https://www.samudera.my/pindaan-akta-342-pendekaran-draconian-kkm-bakal-mengundang-padah-ppim/