Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PKP PELUANG IBU BAPA KENAL KARAKTER ANAK – SINAR HARIAN – 03/04/2020
03 Apr 2020

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sejak 18 sehingga 31 Mac bagi fasa pertama telah melabuhkan tirainya.

Ramai yang menyambut baik arahan pihak kerajaan itu namun, ada juga segelintir yang bersikap agak ‘main-main’ dengan arahan tersebut.

Memetik laporan terkini daripada sebuah akhbar arus perdana tempatan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes sebenar yang direkodkan sepanjang tempoh itu lebih rendah berbanding unjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bagi tempoh lapan hari bermula 24 Mac lalu, iaitu lapan hari terakhir PKP fasa pertama.

Berdasarkan graf itu, MIER mengunjurkan pada 24 Mac merekodkan 236 kes dan naik mendadak kepada 399 kes pada 31 Mac tetapi kes direkodkan kementerian pada 24 Mac ialah 106 dan 31 Mac lalu ialah 140, menunjukkan lekuk berkenaan agak landai.

Alhamdulillah!

Dan bermula kelmarin (1 sehingga 14 April), rakyat di seluruh Malaysia menjalani fasa PKP bagi tempoh kedua. Dan pastinya semua mengharapkan penularan wabak koronavirus (Covid-19) berjaya disekat.

Maksudnya, bertambahnya tempoh PKP bertambah lagi masa ibu bapa bersama anak-anak di rumah. Hampir 12 jam (tolak masa untuk tidur) bersama anak-anak tanpa keluar ke mana- mana ‘just stay at home’. Hanya ketua keluarga dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan.

Bagi kaum ibu yang bekerjaya pula, mungkin sebelum ini mereka banyak menghabiskan masa di pejabat dan pulang ke rumah pada petang hari serta menyiapkan apa yang patut lalu terus beristirahat. Tetapi kini apabila hampir dua minggu lebih mereka di rumah dan menghadap 24 jam kerenah anak. Penulis berpendapat ia sedikit sukar. Itu tidak dikira lagi yang bekerja dari rumah. Sangat mencabar.

Dari sinilah, ada yang memandang tempoh PKP dari sudut positif dan ada juga yang menganggap ia sebagai stres. Stres kerana hanya duduk di rumah!. Buat apa nak stres-stres. Hiburkan hati dengan sesuatu yang berfaedah, bermanfaat dan jadikan tempoh PKP sebagai momen indah pengerat hubungan kekeluargaan.

Makin kenal karakter anak

Baru-baru ini Sinar Harian ada menemubual pasangan pendakwah, Ustaz MK Azman Mohd Daud dan Ustazah Shadiya Abbas, masing-masing sepakat untuk mengambil pendekatan berhemah dalam masa yang sama bertegas dalam ‘membeli’ jiwa anak-anak.

MK Azman berkata, ibu bapa kena bersikap pandai-pandai untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak.

“Tempoh ‘kuarantin’ ini memang tidak boleh ke mana-mana, daripada sini kita dapat melihat sikap si anak dan bagaimana mereka habiskan masa dalam tempoh satu hari,” katanya.

Menurutnya, jika sebelum ini, anak-anak ada yang tinggal di asrama dan ada yang diletakkan buat sementara waktu di rumah pengasuh menyebabkan ibu bapa tidak mengetahui tingkah laku sebenar anak-anak.

Tambahnya, tetapi apabila hampir dua minggu bersama memang menjadi satu cabaran kepada ibu bapa bagi memastikan anak-anak mengikut segala aktiviti yang ditetapkan.

Benar sekali, bagi penulis jadikan tempoh PKP yang sedang berlangsung sebagai medium untuk lebih mengenali ‘wajah’ sebenar si anak. Ibu bapa yag bekerjaya seharusnya perlu menghargai tempoh ini. Mana tidaknya, sebelum ini usai Subuh sudah menghantar anak ke sekolah, pusat asuhan atau rumah pengasuh dan menjelang malam barulah berpeluang bersua dengan anak-anak. Bukankah begitu berharganya momen PKP kepada ibu bapa dan anak. Jadi manfaatkanlah ia dengan sebaiknya.

Penulis juga terkesan dengan perkongsian daripada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman yang mengatakan disebabkan tidak boleh ke mana-mana sepanjang tempoh PKP, mereka sekeluarga dapat merasai nikmat kebersamaan.

“Rutinnya sama seperti hari-hari biasa tetapi disebabkan pergerakan terbatas, jadi kami rancang pelbagai aktiviti seperti bersolat berjemaah, memasak bersama, bersenam dan membuat kuih.

“Sebenarnya tidak perlu untuk untuk rasa tertekan hanya kerana perlu berada di rumah sepanjang hari.

“Buatlah aktiviti bermanfaat bersama keluarga dan anda akan berasa sangat seronok,” katanya.

Penulis berpendapat dalam membeli jiwa anak-anak, ibu bapa perlu bersabar dengan setiap kerenah anak-anak. Ada yang mempunyai 10 anak tapi karakter si anak berbeza, ada juga yang baharu ada seorang anak tapi untuk memahami tingkah seorang anak itu sesungguhnya sangatlah mencabar.

Apa pun nikmatilah tempoh PKP dengan sesuatu yang membuatkan anda terkenangkan saat ini sampai bila-bila.

* Syahidatul Akmal Dunya ialah Wartawan Edisi Nasional

Artikel oleh: Sinar Harian 

PKP PELUANG IBU BAPA KENAL KARAKTER ANAK

https://www.sinarharian.com.my/article/77042/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/PKP-peluang-ibu-bapa-kenal-karakter-anak